Friday, 28 August 2015

Jom Masak-Masak On Weekend!! - our Love Familia Favourite Food

Resepi Mee Kuah Lada Hitam


Resepi Mee Kuah Lada Hitam
Bahan-Bahan:
500gm mi kuning
3 biji bawang merah | dicincang
1 ulas bawang putih
5 biji cili api
100gm ayam | dihiris nipis
6 ekor udang
20gm lobak merah
20gm kubis
20gm sawi
1 ½ sudu makan sos lada hitam
1 ½ sudu makan lada hitam
2 sudu makan ikan bilis | ditumbuk
100ml air
60ml cawan kicap manis
Minyak masak untuk menumis secukupnya

Cara Memasak:
1. Panaskan sedikit minyak masak di dalam kuali. Tumis bawang putih dan bawang merah sehingga
    wangi.
2. Kemudian masukkan cili api, ikan bilis, ayam dan udang. Kacau rata.3. Masukkan lada hitam, sos       lada hitam dan kicap manis. Kacau sebati.
4. Selepas itu masukkan air dan masak sehingga mendidih. Masukkan pula mi dan sayur-sayuran.
5. Perasakan dengan garam secukup rasa. Gaul rata dan angkat. Sedia dinikmati.

Monday, 17 August 2015

Tayangan Premiere "Misi Danish & Rayyan" with my Love Familia

Mama selfie with adik dengan barisan pelakon utama. Yang paling tinggi tula Hanif Safuan
Mama, Shakir, Shafiq & Papa


Balik dari kerja je en.hubby suruh siapkan diri & anak2.. katanya nak pegi tgk wayang sebab anak buahnya berlakon, 1st time cite masuk panggung. Anak buahnya Hanif Safuan, so kami2 ni dapatlah tiket free untuk saksikan Tayangan Premiere. Semangatlah nak pergi sebab movienya start around 8.00 pm. Tapi biasala urusan dengan orang popular, take time smpai jam 9 pun masih belum mula :'( anak2 dah kelaparan & kepenatan.

Akhirnya belikan pop corn untuk dua beradik ni makan, sambil2 tengok gelagat artis. Turut serta dalam lakonan ni ialah Adik Firdaus & Intan Ladyana. Maklumlah bidang kerja berbeza....bila tengok diorang kene maintain senyum selama berjam2...memang solute la.... lagi2 tgk adik2 yang jadi pelakon utama ni. Hasilnya jam 10malam baru dapat tgk & alhmdllah anak2 happy especially proud to Adik becoz xnangis pun sedangkan 1St time masuk panggung.

Cian Adik kelaparan
Along & Adik

HangOut With Love Familia

Ini antara barisan pelakon-pelakon Misi Rayyan & Danish

pada sesiapa yang berminat nak tgk trailer boleh tgk dekat Youtube. Cite ni untuk kanak2 okla.....cite ala2 versi Home Alone, ini linknye : https://www.youtube.com/watch?v=cyEGLYHWCHE

Adik 1st time masuk panggung

MAJLIS MERAIKAN 'NEW MINISTER OF KKLW' & SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN 'SEHATI SEJIWA'


Hari ini ada Majlis sambut YB Dato Sri Ismail Sabri Bin Yaakob our new Minister of KKLW di FELCRA Berhad iaitu di tempat kerja saya. Macam biasala preparation untuk cawangan yang terlibat busyla....tapi kami-kami.....hehehe....bila ada majlis macam ni lah pakaian korporat wajib pakai...maka hari mcm ni ramai yang melaram.....

Ini lah tempat kami berhimpun apabila ada majlis - majlis rasmi syarikat, Auditorium FELCRA Berhad. Aras 1. Perkenalkan kakak-kakak di Cawangan aku berkhidmat. Sambil2 dengar YB Dato berucap kami berselfie :-)  Alhamdulillah ramai juga yang turut hadir ke majlis hari ni.
Our team member...... Sehati Sejiwa 2015



Sunday, 16 August 2015

Dating with hubby at Sukhumvit Garden




muka kpenatan lepas balik kelas berkejaran untuk pulang ke Bentong jemput hero2 ku....
1st time singgah dekat kedai ni walaupun hari-hari lalu.....and tonite is dating time...without son....


Suasana yang sangat romantik & tenang



Menu this nite - Nasi Goreng USA
Hubby Menu - Nasi Goreng Daging Kunyit




Kat sini nampak macam best nye kalau order ikut Set yang diorang dah susun,,, i thinkla....the best is harga amat berpatutan...sesuai untuk buat family gathering dekat sini..











mai la ramai2 try makan kat kedai ni bagi yang balik kampung ikut highway pantai timur....nice place, nice food :)

Sunday, 9 August 2015

Muhammad Shafiq Iqbal terpilih untuk jadi 'muazzin'



Buat pertama kali anak terunaku terpilih utk sertai pertandingan pada Hari PASTI peringkat wilayah. Masa mula2 dapat tahu mamanye la yang paling excited....kikihkihki....tp cukup besar cabarannya...hanya Allah swt sahaja yang tahu. Ini akan memberikan pengalaman baru pada dirinya. Saya tidak fikirkn kemenangan namun pengalaman yang ditimbanya paling berharga. Sebagai anak sulung menjadi harapan pada kami... Love Shafiq ever....and...ever....pada hari ni adik shakir tinggal dengan 'tok' supaya kami boleh fokus pada 'along shafiq'. Besar sungguh amanah Allah ini...tiada lagi yang lebih bernilai daripada ditemani oleh insan yang tersayang.
"Shaharizal (papa), Shafiq (along) & Shakir (adik)"




sarapan dulu dalam car before smpai ke dewan





Sangatla pemalu.....tak suka ambik gambar....ini kene paksa ngan papa..hehehe